F.R.I.E.N.D.S

17 July 2011

Bagaimana Untuk Mengawal Perasaan Marah

Minggu ini agak tough bagi saya. Sekarang saya sebenarnya cuba untuk mengawal hati saya dari dicemari perasaan-perasaan seperti tidak puas hati, marah, geram dan lain-lain disebabkan perkara-perkara kecil. Dulu saya jarang tempted untuk emo-emo macam ni.
Mungkin ini ujian untuk saya, tetapi saya tetap bertekad untuk memastikan sedaya-upaya hati saya tidak tercemar dengan benda-benda begini. Cara untuk saya control perasaan marah sepanjang minggu ini dari terus ingin meluahkan kemarahan tersebut begini:
Pertama, saya beritahu diri saya biasanya orang yang buat saya marah itu sudah mempunyai cukup masalah. Sebab itu biasanya dia menambah masalah kepada orang lain sebab dia sendiri bermasalah. Dari segi kemanusiaannya, saya maafkanlah dia sebab kesian.
Kedua, saya beritahu diri saya jangan hukum orang yang tidak bersalah dengan melepaskan kemarahan akibat perbuatan orang lain kepada orang yang lain.
Ketiga, saya cuba cari root-cause kenapa saya geram dan marah itu. Saya tidak tahu bagaimana anda ketika marah, tetapi bagi saya, toleran saya tinggi sedikit. Jadi saya tidak cepat marah. Tetapi, bila saya sudah marah, semua benda yang orang tu buat akan jadi salah dan bisa buat saya menyampah. Kemarahan itu akan meletus dengan banyak dan secara tiba-tiba macam machine gun. Semuanya tidak kena. Jadi bila saya sudah isolate punca sebenar kenapa saya marah, saya akan cuba reason out diri saya untuk memaafkan dan let go. Biasanya punca tersebut kecil sahaja.
Saya juga tempted untuk berdendam bila sabar telah hilang. Kadang-kadang saya terasa teringin untuk menembak lipas dengan meriam bila dah marah. Walaupun saya sedar sebenarnya berdendam, dan melayan orang yang membuatkan kita marah sebenarnya sia-sia. Tindakan mereka membuat kita marah menunjukkan mereka tidak sensitif dan mengambil berat sangat terhadap hati dan perasaan kita dengan cara yang kita mahu. Mereka mungkin ambil berat, tetapi dengan cara mereka sendiri yang tidak kena dengan kita. Kalau kita layankan mereka ini, mereka bukannya akan berubah. Mereka akan tetap begitu juga. Silap hari bulan, mereka pula yang akan emo dengan kita.
Pendek kata lebih banyak keburukan dari kebaikan jika kita marah. Kalau anda tengok point-point yang saya tulis ni, jelas marah ni sia-sia dan tidak mengubah apa-apa kan? Selain dari kita dapat melepaskan apa yang terpendam di hati.......


btw....saya masih tidak paham apa yang saya cuba pendamkan....maybe ini ujian dariMU YA ALLAH..
hopes everythings gonna be okay